Monday, July 27, 2015

anak syurga : 9 minggu 6 hari


this is the first post about u 
anak syurga ummi dan abi.

awak dah duduk kat dalam rahim ibu 9 minggu 6 hari 
esok awak masuk 10 minggu..
kaki dan tangan awak maybe akan perfectly terbentuk 
kuat dan gagah untuk menendang dari dalam 
supaya ummi dan abi merasai kewujudan awak nanti

anak syurga ummi
masuk esok jugak.
ummi masih tak henti bleeding.
brownish bleeding kata doktor.. 
semalam ummi cuak giler bila bleeding banyak dr biasa 
ummi buat buat cool dalam hati berdoa agar awak kuat
selamat ummi lahirkan awak ke dunia ni nanti bila tiba masanya 

abi?
abi tak habis habis risaukan awak. setiap hari usap perut ummi
panggil awak dalam perut.. rasa-rasanya awak dengar tak 
yang garau tu sore abi.. yang lemah lembut gemalai tu sore ummi
senang je awak nak cam kan!

anak syurga ummi
ummi tak tahu mcm mana rupa awak. 
tapi ummi harap awak akan comel dan sihat sempurna
mohon ikut muka abi awak sebab abi awak nak sangat anak rope dia. 
ummi tak kisah pasal abi awak hensem orangnya.. haha laki ummi kan!

harapan ummi.
semoga perjalanan selama 9 bulan bersama awak 
dapat ummi tempuhi dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan
semoga ummi dapat melahirkan awak dengan dipermudahkan oleh Allah SWT
ummi mmg tak sabar nak jumpa awak. zuriat ummi dan abi. 

jadi awak kena kuat dan bertahan 
ummi minta maaf kalau ummi kerja terlalu keras
kalau ummi menyebabkan awak penat 
membuatkan awak tak selesa dalam rahim ummi dek kerana ummi keletihan 
ummi minta maaf kalau ummi makan makanan tak berapa nak sihat
ummi harap awak kuat ya !

ummi dan abi 
tunggu awak.
kita ada 30 minggu 1 hari lagi k.

doktor kata InsyaAllah 23.02.2015 
akan lahirlah awak ke dunia. 
semoga awak akan jadi anak yang soleh, shantek kacak, bijak

bertahannya anak.

No comments :

Post a Comment