Thursday, August 27, 2015

#traveloganaksyurga : first shopping

25.08.2015
since awak dah nak masuk 4 bulan 
saya dan abi awak decide untuk beli sedikit2 barang awak

kita orang so eksaited sangat baby bila tgk barang bayi.
we decide lepas anta tok ma dan atuk pergi haji 
saya dan abi awak ke megamall kuantan untuk cari barang awak

that the best feeling ever
i can see your abi so happy .. 

tak banyak kita dapat cari untuk awak.
takpe la bulan depan kita shopping lagi yer 


 ni abi awak tgk.. pastu jatuh cinta. saya pulak suka jugak pasal dia boleh lipat. 
senang bila nak balik umah wan dan umah tokma

cd nih dapat percuma .. so ini adalah present pertama awak tau
dari anakku. hehehee
tgk abi awak.. comel kan. pikul semua barang awak
dia kata dia sayang awak sangat 
dia tak sabar nak jumpa awak
macam saya jugak.

lagi 5 bulan kita jumpa yer sayang .


#traveloganaksyurga : 15 minggu

26.7.2015
anak syurga, awak kejut saya pepagi lagi
dengan mengeraskan perut saya sekeras-kerasnya
saya bangun dengan lelah untuk solat subuh
terima kasih anak syurga sebab kejutkan saya  dan ayah awak
awak mmg sering mengingatkan saya agar saya tidak alpa

anak syurga.
lepas solat saya cuba tidor.
ayah awak bangun at 8.00
saya mengadu dengan ayah awak
perut saya sakit 
ayah awak take a gentle sit near me..
and ask to go to clinic..

memandangkan sakit sangat. 
saya cadangkan agar terus ke hospital.

sampai hospital , ayah awak balik office and ask me to call if got something
saya sabar dengan tenang dengan perut yang sakit.
masyaAllah too many case i dengar when i was there.
ada yang mengandung ada kantung but there is no baby inside dah
ada yang keguguran pasal mengandung luar rahim

sampai giliran saya. 
doktor ask me so many question 
dorang start cek awak
alhamdulillah. u still here. and alive
thank u Allah .

doktor tunjuk kat saya awak duk bersenang lenang dengan kaki menendang
kemain lagi awak yer.. bersuka hati selepas buat perut saya mengeras satu pagi
i did ask doctor to check your gender,,
doktor kata awak asik moving dan kaki asik menendang ajer..
cant see your gender.. oooo. sorok nyer. 
geram saya dengan awak tau..
thru scan. saya tgk kaki awak dah panjang 
dah nampak peha awak. masyaAllah. awak cantik sangat.

alhamdulilah. semua selesai dengan baik 
saya mc ari ni..

awak duk bebaik yer. jangan macam-macam lagi yer sayang. 

Tuesday, August 18, 2015

anak syurga : 13 minggu. tata first trimester

assalamualaikum anak umi


ohhhhhhhhhhh gembiranya hati umi
tata first trimester 
umi dah masuk second trimester
alhamdulillah
semoga second trimester neh akan baik baik sayang sahaja

anak umi dah 13 weeks
esok umi ada dating dengan doktor di klinik kesihatan 
pepagi lagi umi kena pergi klinik pasal esok umi kena minum air gula
mmmmm..
manisssssnya orang kata
harap esok ibu tak muntah bila minum air gula tu 
semua untuk anak syurga umi ni.. 
umi akan redah jugak

abi dah jarang benar cakap dengan baby
kalau cakap pun senyap senyap ajer
tak kasi umi dengar
annoying betol umi rasa.. huh!

apapun anak umi 
semoga membesar dengan baik 
oh yer.. anak umi pon anak dapat sepupu baru
mak alang pregnant jugak sayang .
alhamdulillah kan!

apapun semoga semuanya dipermudahkan 
insyaAllah 

Thursday, August 6, 2015

anak syurga : 11 minggu 1 hari

assalamualaikum anak ummi
anak ummi dah masuk 11 minggu 2 hari ari ni.

semalam ummi ke poliklinik utama
excited nak tgk anak ummi besar mana dah 
lama jugak giliran nak tunggu.. 
hingga la sampai giliran ummi

ummi panggil abi masuk 
doktor mula scan ummi.
ummi terkejut jugak pasal anak ummi dah besar.
abi pun ummi nampak sangat excited ..
ummi bleh nampak abi gembira pertama kali tgk awak 

doktor tunjuk awak kat dalam rahim ibu
dah besar. 
abi risau.. kenapa kepala awak besar??
doktor kata itu normal .. seawal kandungan kepala lagi besar dr badan
ummi nampak abi lega huhuhuu

doktor tunjuk lagi .. 
mak aihhhh nampak kaki awak duk menendang2
kecek aje kakinya tapi kemain duk menendang dalam perut ummi yer
comey la awak neh 
ibu gelak sampai bergegar scan tu hahahaha. 
lucu tgk awak sampai doktor kata jangan gelak. hehhe

alhamdulillah anak
awak membesar dengan baik 
semoga awak terus membesar dan sempurna di dalam sana.
ummi dan abi tunggu awak keluar bila tiba masanya k

ummi rasa nak menangis tgk awak semalam 
awak besar cepat sangat 
awak mesti comel sangat kan.. gagah bukan main anak ummi
mulala abi kata awak laki laki  pasal gagah cam dia
cehhh. abi sebok jer nak amek saham.

kami sayang kamu, anak!




Sunday, August 2, 2015

berbuat baik lah terhadap binatang


"Sesiapa yang menyeksa sesuatu yang bernyawa,
lalu tidak bertaubat,
nescaya Allah SWT menyiksanya pada hari Kiamat "



Binatang peliharaan seperti kucing am nya bukanlah hanya untuk dipertontonkan kepada org ramai utk mendapat pujian.. " kucing kau cantik " "kucing kau gebu"menjaga binatang peliharaan adalah satu komitmen yang tinggi dimana permakanan , persekitaran dan kesihatannya perlu dijaga rapi.

Sebelum mengambil kucing sebagai peliharaan, persiapkan diri untuk bersedia bertanggungjawab keatas mereka. membiarkan mereka sehingga berkurap berkudis.. bernanah dan kurus kering kerana ketiadaan makanan .. kadang hingga mata tak boleh dibuka.. MasyaAllah itu zalim. sungguh zalim. ingatlah bahawa siksa api neraka itu sangat pedih dan perit. Mengabaikan mereka membuatkan setiap detik kita dihitung. Takutnya.

Maka, marilah kita menyayangi mereka sepertimana mereka tetap setia dengan kita sekalipun kita mengabaikannya.. tanamkan dalam diri rasa kasih sayang terhadap mereka dan semoga kita mendapat manfaat daripadanya.