Sunday, August 2, 2015

berbuat baik lah terhadap binatang


"Sesiapa yang menyeksa sesuatu yang bernyawa,
lalu tidak bertaubat,
nescaya Allah SWT menyiksanya pada hari Kiamat "



Binatang peliharaan seperti kucing am nya bukanlah hanya untuk dipertontonkan kepada org ramai utk mendapat pujian.. " kucing kau cantik " "kucing kau gebu"menjaga binatang peliharaan adalah satu komitmen yang tinggi dimana permakanan , persekitaran dan kesihatannya perlu dijaga rapi.

Sebelum mengambil kucing sebagai peliharaan, persiapkan diri untuk bersedia bertanggungjawab keatas mereka. membiarkan mereka sehingga berkurap berkudis.. bernanah dan kurus kering kerana ketiadaan makanan .. kadang hingga mata tak boleh dibuka.. MasyaAllah itu zalim. sungguh zalim. ingatlah bahawa siksa api neraka itu sangat pedih dan perit. Mengabaikan mereka membuatkan setiap detik kita dihitung. Takutnya.

Maka, marilah kita menyayangi mereka sepertimana mereka tetap setia dengan kita sekalipun kita mengabaikannya.. tanamkan dalam diri rasa kasih sayang terhadap mereka dan semoga kita mendapat manfaat daripadanya. 

No comments :

Post a Comment