Wednesday, September 30, 2015

travelogue anak syurga : code merah jadi hijau

alhamdulillah 
syukur sangat arini 
code merah kat buku pink dah turun ke code hijau
masyaAllah happy sangat 
pasni takyah dah melangguk kat klinik 2 minggu sekali 
sebulan sekali la pulak

anak kesayangan ummi
terima kasih ya sayang 
kerana bergabung dengan ummi 
dan memudahkan ummi 
dah  tak buat ummi bleeding 
keputusan air kencing kotor ummi pon dah keluar
alhamdulillah 
takder virus virus jahat dalam badan ummi

syukur sangat 

arini bahu umi kebassss
pasal nurse cucuk ummi ubat kancing gigi
tapi ummi steady mcm tu jer lah...
buat buat gagah mcm anak ummi.

terima kasih abi kerana jaga ummi
terima kasih anak ummi kerana berkelakuan baik 
walaupun skarang neh awak dah pandai sangat
tetarik tali pusat.. tendang perut ummi
sumpah sayang! ibu seronok merasa awak bergerak

terima kasih Allah SWT.

Monday, September 14, 2015

travelog anak syurga : kelaparan

anak syurga ummi
awak sekarang pandai memilih yer
bila ummi makan lelauk semalam
awak mcm tak berselera nak makan 
anak tekak ummi macam tak lalu nak makan 

pandai memilih yer sayang 
disebabkan lately ni ummi asik berbekal
so awak tak lalu makan la
sikit jer makan 
selalu jer makan tak habis..mmmm

kekdahnya bila sampai petang 
biskut la ummi cari
seb  baik stok biskut sentiasa ada kat opis ummi
kalau tak tergolek terguling ibu kelaparan nak!

apapun... membesar dengan baik yer sayang 
jadi anak soleh bila lahir nanti 

awak ni laki ke pompuan???? huhuhu

Sunday, September 13, 2015

travelog anak syurga : hadiah kedua

Ini adalah hadiah kedua utk baby belom lahir ummi dapat. 
Aritu dapat percuma cd utk lelagu baby dr anakku.

Hadiah ni ummi dapat dr kegigihan ummi masuk contest. اَلْحَمْدُلِلّهِ .
memang rezeki anak ummi kan. 
semoga bertambah rezeki anak ummi sebelum dan selepas lahir.
InsyaAllah kan sayang


Wednesday, September 2, 2015

travelog anak syurga : sakit kepala

arini saya kena pergi klinik
nak cek awak yang duk dalam perut
punya la lamaaaaa
sampai saya tunggu 3 jam tau!

ayah awak mula-mula tunggu 
pastu kul 11 lebey tinggal saya kat situ 
pasal dia ada kerja nak buat...

berlari berjalan
duduk bersila bersimpuh
berzikir menyanyi seme saya buat 
betapa bosannya saya!!!!

sampai masa giliran saya 
doktor amek kiraan EDD awak yang lama jer

panas je ati saya
pasal xtau lagi jantina awak lelaki ke perempuan!

arghhhhhhhhh! bosan bosan pi klinik.

skrg saya sakit kepala yang amat
balik keje nanti nak kena suh ayah awak urutkan la ni
dalam kepala duk fikir nak masak apa
maybe masak meggi je laaa
padan muka awak saya dan ayah awak. 

hahahhaa :P

travelog anak syurga : second shopping

memandangkan mummy dah memperuntukan 150 utk awak sebulan
dan semalam mummy dapati bank singa mummg banyak wang 
pasal gaji mummy baru masuk

so seperjalanan mummy ngan daddy awak menuju umah atok
kami singgah ler di kedai manjaku 

alahai .. seronoknya mummy duk dalam tu
bermacam-macam peseng ada 
baju bercolor-color.
tapi hiba pulak rasa pasal tak tahu nak beli kaler aper
kekdahnya beli lah lagi kat awak 
2 helai baju putih..
putih??? yes its white again 

mummy nak beli beg supaya senang nak bawak pakaian awak nanti
daddy awak asik kata. beg tu kecek beg tu tak cantik
katanya baju awak banyak macam baju dia 
so kena beg besar baru senang 
apaaa daddy awak ingat kita nak berpindah randah gamaknya
nak banyak-banyak pakaian.. hailaaaaah
kekdahnya mummy beli jugak beg yang sedang -sedang sahaja. 
cantik. kalerful haha. pasal xtau awak laki pompuan.
bior ler kan!

banyak jugak mummy hunting utk perabis duit mummy yang berkepuk tu
hahahaha 150 je pon utk awak
bebanyak kan nanti mummy mau makan apa...
hahaha

balik bila tgk barang awak
rasa mcm tak sabar nak tunggu awak keluar sayang 

baik-baik dalam sana yer baby
kita orang tunggu awak.

Thursday, August 27, 2015

#traveloganaksyurga : first shopping

25.08.2015
since awak dah nak masuk 4 bulan 
saya dan abi awak decide untuk beli sedikit2 barang awak

kita orang so eksaited sangat baby bila tgk barang bayi.
we decide lepas anta tok ma dan atuk pergi haji 
saya dan abi awak ke megamall kuantan untuk cari barang awak

that the best feeling ever
i can see your abi so happy .. 

tak banyak kita dapat cari untuk awak.
takpe la bulan depan kita shopping lagi yer 


 ni abi awak tgk.. pastu jatuh cinta. saya pulak suka jugak pasal dia boleh lipat. 
senang bila nak balik umah wan dan umah tokma

cd nih dapat percuma .. so ini adalah present pertama awak tau
dari anakku. hehehee
tgk abi awak.. comel kan. pikul semua barang awak
dia kata dia sayang awak sangat 
dia tak sabar nak jumpa awak
macam saya jugak.

lagi 5 bulan kita jumpa yer sayang .


#traveloganaksyurga : 15 minggu

26.7.2015
anak syurga, awak kejut saya pepagi lagi
dengan mengeraskan perut saya sekeras-kerasnya
saya bangun dengan lelah untuk solat subuh
terima kasih anak syurga sebab kejutkan saya  dan ayah awak
awak mmg sering mengingatkan saya agar saya tidak alpa

anak syurga.
lepas solat saya cuba tidor.
ayah awak bangun at 8.00
saya mengadu dengan ayah awak
perut saya sakit 
ayah awak take a gentle sit near me..
and ask to go to clinic..

memandangkan sakit sangat. 
saya cadangkan agar terus ke hospital.

sampai hospital , ayah awak balik office and ask me to call if got something
saya sabar dengan tenang dengan perut yang sakit.
masyaAllah too many case i dengar when i was there.
ada yang mengandung ada kantung but there is no baby inside dah
ada yang keguguran pasal mengandung luar rahim

sampai giliran saya. 
doktor ask me so many question 
dorang start cek awak
alhamdulillah. u still here. and alive
thank u Allah .

doktor tunjuk kat saya awak duk bersenang lenang dengan kaki menendang
kemain lagi awak yer.. bersuka hati selepas buat perut saya mengeras satu pagi
i did ask doctor to check your gender,,
doktor kata awak asik moving dan kaki asik menendang ajer..
cant see your gender.. oooo. sorok nyer. 
geram saya dengan awak tau..
thru scan. saya tgk kaki awak dah panjang 
dah nampak peha awak. masyaAllah. awak cantik sangat.

alhamdulilah. semua selesai dengan baik 
saya mc ari ni..

awak duk bebaik yer. jangan macam-macam lagi yer sayang. 

Tuesday, August 18, 2015

anak syurga : 13 minggu. tata first trimester

assalamualaikum anak umi


ohhhhhhhhhhh gembiranya hati umi
tata first trimester 
umi dah masuk second trimester
alhamdulillah
semoga second trimester neh akan baik baik sayang sahaja

anak umi dah 13 weeks
esok umi ada dating dengan doktor di klinik kesihatan 
pepagi lagi umi kena pergi klinik pasal esok umi kena minum air gula
mmmmm..
manisssssnya orang kata
harap esok ibu tak muntah bila minum air gula tu 
semua untuk anak syurga umi ni.. 
umi akan redah jugak

abi dah jarang benar cakap dengan baby
kalau cakap pun senyap senyap ajer
tak kasi umi dengar
annoying betol umi rasa.. huh!

apapun anak umi 
semoga membesar dengan baik 
oh yer.. anak umi pon anak dapat sepupu baru
mak alang pregnant jugak sayang .
alhamdulillah kan!

apapun semoga semuanya dipermudahkan 
insyaAllah 

Thursday, August 6, 2015

anak syurga : 11 minggu 1 hari

assalamualaikum anak ummi
anak ummi dah masuk 11 minggu 2 hari ari ni.

semalam ummi ke poliklinik utama
excited nak tgk anak ummi besar mana dah 
lama jugak giliran nak tunggu.. 
hingga la sampai giliran ummi

ummi panggil abi masuk 
doktor mula scan ummi.
ummi terkejut jugak pasal anak ummi dah besar.
abi pun ummi nampak sangat excited ..
ummi bleh nampak abi gembira pertama kali tgk awak 

doktor tunjuk awak kat dalam rahim ibu
dah besar. 
abi risau.. kenapa kepala awak besar??
doktor kata itu normal .. seawal kandungan kepala lagi besar dr badan
ummi nampak abi lega huhuhuu

doktor tunjuk lagi .. 
mak aihhhh nampak kaki awak duk menendang2
kecek aje kakinya tapi kemain duk menendang dalam perut ummi yer
comey la awak neh 
ibu gelak sampai bergegar scan tu hahahaha. 
lucu tgk awak sampai doktor kata jangan gelak. hehhe

alhamdulillah anak
awak membesar dengan baik 
semoga awak terus membesar dan sempurna di dalam sana.
ummi dan abi tunggu awak keluar bila tiba masanya k

ummi rasa nak menangis tgk awak semalam 
awak besar cepat sangat 
awak mesti comel sangat kan.. gagah bukan main anak ummi
mulala abi kata awak laki laki  pasal gagah cam dia
cehhh. abi sebok jer nak amek saham.

kami sayang kamu, anak!




Sunday, August 2, 2015

berbuat baik lah terhadap binatang


"Sesiapa yang menyeksa sesuatu yang bernyawa,
lalu tidak bertaubat,
nescaya Allah SWT menyiksanya pada hari Kiamat "



Binatang peliharaan seperti kucing am nya bukanlah hanya untuk dipertontonkan kepada org ramai utk mendapat pujian.. " kucing kau cantik " "kucing kau gebu"menjaga binatang peliharaan adalah satu komitmen yang tinggi dimana permakanan , persekitaran dan kesihatannya perlu dijaga rapi.

Sebelum mengambil kucing sebagai peliharaan, persiapkan diri untuk bersedia bertanggungjawab keatas mereka. membiarkan mereka sehingga berkurap berkudis.. bernanah dan kurus kering kerana ketiadaan makanan .. kadang hingga mata tak boleh dibuka.. MasyaAllah itu zalim. sungguh zalim. ingatlah bahawa siksa api neraka itu sangat pedih dan perit. Mengabaikan mereka membuatkan setiap detik kita dihitung. Takutnya.

Maka, marilah kita menyayangi mereka sepertimana mereka tetap setia dengan kita sekalipun kita mengabaikannya.. tanamkan dalam diri rasa kasih sayang terhadap mereka dan semoga kita mendapat manfaat daripadanya. 

Tuesday, July 28, 2015

anak syurga : exactly 10 weeks


anak syurga ummi dan abi
arini awak dah masuk 10 minggu dalam rahim umi
alahai umi tak sabar tunggu awak 2 minggu
nanti boleh dating dengan awak lagi sebab doktor nak scan perut umi

anak syurga
ummi rasa perut umi dah makin besar
umi cant fit my pants.. that depressed!
and now umi look fat. 
:(

semalam umi bangun dari tido
alhamdulillah awak tak bleeding 
umi tahu awak kuat kan sayang 
walaupun time umi masak untuk abi 
ada sedikit bleeding.. but for the whole nite 
when umi sleep.. there is no bleeding 
so alhamdulillah .

semalam abi sembang lagi dengan awak
berbisik bisik.. walaupun umi rasa masa ni
abi patut speak loud pasal telinga awak kan kecek
tak dengar lagi kan.. huhhu. speak loud maybe can help :p
abi pesan kat awak duduk baik baik kat dalam 
membesar dengan sihat . 

abi asyik cek perut umi ajek
asyik kata kenapa perut umi ni tak bebesar
walhal. kalau diikutkan awak baru 10 minggu 
tapi perut umi dah rope org ngandung 4 bulan 
kembar agaknya

doktor pon pernah syak awak kembar 
umi pon harap benda yang sama. 
tapi kembar atau tak!
as long as awak sehat dan umi dapat lahirkan awak dengan mudah

ini dah sangat syukur. 

umi and abi wait for u ok!
keep safe in there.
love ya!

Monday, July 27, 2015

anak syurga : 9 minggu 6 hari


this is the first post about u 
anak syurga ummi dan abi.

awak dah duduk kat dalam rahim ibu 9 minggu 6 hari 
esok awak masuk 10 minggu..
kaki dan tangan awak maybe akan perfectly terbentuk 
kuat dan gagah untuk menendang dari dalam 
supaya ummi dan abi merasai kewujudan awak nanti

anak syurga ummi
masuk esok jugak.
ummi masih tak henti bleeding.
brownish bleeding kata doktor.. 
semalam ummi cuak giler bila bleeding banyak dr biasa 
ummi buat buat cool dalam hati berdoa agar awak kuat
selamat ummi lahirkan awak ke dunia ni nanti bila tiba masanya 

abi?
abi tak habis habis risaukan awak. setiap hari usap perut ummi
panggil awak dalam perut.. rasa-rasanya awak dengar tak 
yang garau tu sore abi.. yang lemah lembut gemalai tu sore ummi
senang je awak nak cam kan!

anak syurga ummi
ummi tak tahu mcm mana rupa awak. 
tapi ummi harap awak akan comel dan sihat sempurna
mohon ikut muka abi awak sebab abi awak nak sangat anak rope dia. 
ummi tak kisah pasal abi awak hensem orangnya.. haha laki ummi kan!

harapan ummi.
semoga perjalanan selama 9 bulan bersama awak 
dapat ummi tempuhi dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan
semoga ummi dapat melahirkan awak dengan dipermudahkan oleh Allah SWT
ummi mmg tak sabar nak jumpa awak. zuriat ummi dan abi. 

jadi awak kena kuat dan bertahan 
ummi minta maaf kalau ummi kerja terlalu keras
kalau ummi menyebabkan awak penat 
membuatkan awak tak selesa dalam rahim ummi dek kerana ummi keletihan 
ummi minta maaf kalau ummi makan makanan tak berapa nak sihat
ummi harap awak kuat ya !

ummi dan abi 
tunggu awak.
kita ada 30 minggu 1 hari lagi k.

doktor kata InsyaAllah 23.02.2015 
akan lahirlah awak ke dunia. 
semoga awak akan jadi anak yang soleh, shantek kacak, bijak

bertahannya anak.

Tuesday, June 30, 2015

kisah murtabak yang melepas

petang kemarin beria aku laki bini pi bazar ramadhan
dah alang alang keluar malas nak masak la kat rumah 
so beli jer kat bazar..

beli nasi kuih apa seme.
beli jugaklah murtabak sardin..
bajet nak buat sahur

kringgggggggggg
5.00 pagi

aku : bie mana murtabak? sayang nak panaskan
laki aku : mana la tahu. bukan u simpan ker?
aku : bila pulak sayang simpan? cari dalam peti ais . takde 
laki : mmm, semalam kutip seme sampah tu.. u buang sekali ler tu
aku : erkkkkkkkkkkkkkkk!!!! 

kekdahnya goreng nugget. bersahur la nugget laki bini.
kempunan murtabak :(

Wednesday, June 10, 2015

the best salon

the besat salon tak lain tak bukan adalah salon kat rumah sendirik
dimana suami isteri sesama duk lam bilik air 
isteri berdiri bak patung
suami siap sedia ngan sikat dan gunting

untuk kerat rambut isteri.

haaaaaaaaaaaaaa!
kan best cenggitu.. selain dapat rambut shantek
dapat jugak pahala lagi
alhamdulillah 
semalam cik laki pertama kali kerat rambut puan bini.
cantik!

korang tak nampak
tapi aku laki bini nampak

korang pi kerat rambut bini korang!
selain jimat.. boleh tolong bersihkan bilik air sesama selepas gunting rambut
kehkehkeh
 :)

Monday, June 8, 2015

saya jual :- instant glitter shawl

haaaaaaaaaaaaaaa! nak merelips relips 
di hari lebaran???

mohler beli shawl neh. konpem meletops. 
tudung instant yang senang pakai dan tak payah nak gosok bagai dan.. nak letak pin bebanyak pon dah tak perlu sangat.. sebab dia pakai sauk cam tu je.. dah cantik kebabommm

dah namanya pun instant kan!
haruslah mudah cepat dan tangkas

tak gitu..

moh order cepat.. tak banyak color dah yang tinggal.
yang ini aje yang ada

moh pm : +60142121221


1st Anniversary

masyaAllah cepatnya masa berlalu 
its our 1 year anniversary 
dah setahun kahwin ropenya aku ngan laki aku 

dear suami,
terima kasih bie for everything.
for the love, kiss and hugs
every day and nite.
im blessed
thank U Allah. 

semoga akan berkekalan hingga ke Jannah
semoga akan dikurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah
comel dan gojes kehkehkeh.
semoga apa jua yang kita rancangkan akan menjadi kenyataan

dalam perkahwinan
tiada apa yang penting kecuali 
kasih sayang yang berterusan 

terlalu banyak janji untuk menjadi sempurna
semoga akan dikotakan setiap apa yang dijanjikan
janji dengan manusia juga dibawa ke mati.

apapun.
ilebiusuami.

Tuesday, May 26, 2015

isedo kucing yang gojes


cantikkan!
memalam aritu bukak fesbuk 
cik suami ada bg something kat wall
perghhh bukan senang cik suami nak bertenggek kat wall isteri
suami tak rope dulu. tak berapa nak romantik dah. 
huhuhu 

hah!dia kasik apa???
gambar neh laaaaa

yang aku si isteri duk belur belur..
memikirkan.. kenapa cik suami bagi isedo kucing neh 
agak keliru cik isteri di situ yer. 

pertama
maybe cik suami nak suruh cik isteri mekapkan cenggini
memandangkan selalu ajek cik suami jadi model mekap cik isteri

kedua
maybe sebab cik isteri suka kucing tahap melampau
jadi gambar nih so rare. so cik suami kasik kan wall

wehh! linn
nih gambor gugel je ponnnn!!!!
pangggggggggggg!

apapun. cik isteri akan conteng mata cik suami yg xdak kelopak tu
buat cenggini hah! haha
sebab isteri rasa suami cenderung pada niat yang pertama.

p/s:
kebahagiaan berkeluarga perlu dicari 
bukan mengharap tanpa melakukan sesuatu. 
muacks. semoga kita bahagia.

Monday, May 25, 2015

Royale Secret Mist


Kenkawan sekalian! 
Mohler kita jadi cik gebu🌸

Jom try produk #royalesecretmist yang mampu merawat jerawat, jeragat, kulit kusam, pori pori terbuka dan kedutan kecil! 

Harga mampu milik penuh kasih sayam gitueeee 💋
pm cepat. Stok dah tak berapa nak ramai neh
no tepong dah setepek kat bawah
so wasap wasep ler ek

tak nak gebu! rugi


Sunday, May 24, 2015

Royale Secret Mist

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

korang ada masalah :
jerawat
jeragat 
kulit kusam 
kedutan kecil
pori pori besar gerabak ketapi

wohaaaaa!!!

sedih kan bila tengok muka kat cermin.. rasa mau baling je cermin tu. padahal bukan salah cermin tu pon.. salah ko jugak yang tak jaga muka.. hahah cenggitu hah!!

dah ko takyah nanges bucu meja lagi dah. takyah nak pakai mask mask bagai dah bile nak kuar jumpa bakal mak mertua.. meh ahkak nak kenalkan ngan produk yang berasaskan herba ni hah!

korang kena ingat! jangan nak amek jalan fast and furious sangat!
sampai sanggup beli produk yang chemical berlebihan. silap haribulan .. kanser ko dih
choyyyyyyyyyy! simpang la kan!

dah dah.. meh cuba yang ni 
produk neh sangat gojes dengan herba yang akan merawat kulit wajah
dah pakai jangan nak miskol akak wasap akak setiap 1 minit..

hakak kenapa  tak gebu lagi? akak kenapa mengapa bagaimana tak muka mulus lagi.
panggggggggggg!!
harus diingat ini produk herba !
lambat tapi perfeto.. ngerti !

jenuh hakak amek gambor produk dik
ko tak beli.. memang sampai hati. 
tapi hakak tak rugi apa apa. hakak pakai muka akak gebu
korang tak pakai.. muka korang macam jalan tar tak siap.

wohaaaa! haha

ok dah jom tgk produk yang hakak duk bobelkan!




giler tak gojes!! ko sembur sekali je dik
jimat sampai sebulan lebih
InsyaAllah gebu..

moh wasap akak cepat. hakak kasi harga nangis tepi katil
murah sampai korang nak beli sampai 10 unit.
gitueeeee

nota kaki kucing :
korang ada masa .. jom jual online bersama saya
jom kelik kelip kelip reramai. 
the more the merrier . gitue

tata.

Monday, May 18, 2015

instant shawl glitter


cecantik !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


nih meh sini rapat rapat 
tudng instant glitter terhangat di pasaran..
meletop bak mercun kena bakor musim raya 

tudung neh merelip relip.. sesuai untuk sebarang event
kenduri dato datin senah, kenduri umah mak joyah.. 
dinner gala apa ker.. semua pun boleh 

nih nak raya dah ni..... mari la mari beli tudung

takyah nak sesusah dah letak pin sana sini..
sauk je pastu letak ler keronsang ko beli kat mekah ke masjid india satu kat tepi
dah nampak rope mcm retis.. baqhang


kaler bermacam kaler.. selagi ada kaler tu. ko beli ler.
stock kat tangan sekejap je licin!

moh ler whatsapp : 0142121221

instant glitter 2 muka



sekarang duk heboh orang semua duk pakai tudung glitter kan
serius cantik sangat !
aku dah simpan banyak dah koleksi..
mmg lawa

kena pulak pakai time kenduri... mak aiii melaram baqhang 
nih dah nak raya oiiiiiiiiiiiii!
bila lagi nak pakai merelip relip 

tudung instant  dua muka neh 
pakai sauk jer. takyah pin bagai dah
ko malas ko takyah iron dah 
mmg takder masalah langsung..

masyaAllah mudah cepat dan cantik

moh pm skrang sementara kaler kaler yg meletops 
bommm bang bomm neh masih ada

harga : rm 30
pos : rm 7 

yang berkenan moh whatsapp 0142121221

muacks!

royale secret mist


puan puan dan tuan tuan 
nih aye nak cerita nih.. 
produk kecantikan berasaskan herba
nyesal kalau tak grab! 

laki pompuan bley pakai 
sesuai dengan semua jenis kulit.
isteri isteri bleh kekongsi dengan somi
kan jadi gebu gebas sama sama together gether..

produk yang dikeluarkan oleh aisya beauty secret
dengan harga biasa RM 70 hengget sahaja
tapi saya bagi rege promosi gitu
RM55 hengget sahaja.

memandangkan produk ini berasaskan herba
so jangan expect dua tiga hari pakai dah gebu gebas
kena sabar dan tawakal.
lambat tapi sempurna gitueeeeeeeeeeee!

insyaAllah 

jom sesaper berminat :
whatsapp sahaja ok ! 0142121221

Wednesday, May 13, 2015

terasa nak jadi petani


aku nih ari nih berkobar kobar nak jadi petani..
tah kenapa la pulak. 

rasa nak tanam terung, bayam, salad bagai.
macam best je kan.. berkebun kat belakang rumah sendiri.
ada tanaman sendiri nak makan apa pun senang 
fresh lagi.. pakai petik jer. 

tapi aku aritu kemain beli benih lada sejambak
gigih beli pasir dan polistrin bagai
kekdahnya pasal dia kata takleh direct sun
aku letak dalam rumah! ahaha

kata suami aku
" mcm mana nak hidup, matahari langsung tak kena"
fikir fikir logik jugak tu.
tapi dah terlambat dah! ahaha
dah mati semua benih aku . huwarghhh

tapi takpe kegagalan itu pengalaman
dengan itu 
aku pun dengan girangnya msg aku laki

"bie, kat belakang rumah letak paip satu boleh"
"sayang ingat nak berkebun la"

dup dap dup dap. berdebor tunggu laki balas.

" tak boleh"
"nanti balik bie fikir dulu"

panggggggggggg! sampai hati suami
sob sob sob nangis tepi bucu meja opis
tapi takpe. balik nanti pujuk lagi.
janji lepas dapat paip tu jugak

keh keh. ayuh positif isteri!

oh maiiiiiiiiiiiiiii! seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaa!



Monday, May 11, 2015

hari ibu tu haram! faham ke tak?

semalam kat wall fesbuk aku 
berlambak manusia manusia 
duk sebok cakap selamat hari ibu!

ada lagi siap berbunga bercoklat bagai! 
mentaliti kelas ketiga!!
teruk!

aku tak faham kenapa susah sangat korang nak faham yang sebarang sambutan ari ibu pada 10 Mei itu haram. ko dah kenapa?? yelah asik duk melayan perkara tak berfaedah bila online .. itu la jadinya..!!

nah kat bawah ! ko baca skrg wahai umat islam!

Menyambut Hari Ibu adalah haram.
Kenapa Sambutan Hari Ibu itu haram??

 Ini adalah kerana Hari Ibu  asalnya adalah hari “The Mother of God” dalam upacara kalendar orang kristian, The Mother of God bermaksud hari Ibu Tuhan. Orang kristian mengangap Siti Maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s adalah ibu Tuhan.  

MasyaAllah. terleka kita
galak dalam mengikut peredaran Kristian! aku jadi naik jelak dengan memanusia ni!
aku pun takder ler ustajah sangat. bab agama pon kelaut! tapi aku takder la bengap sangat sampai nak terikut2 ajaran deme
insaplah weiii!! benda ko rasa simple sebenarnya besar.

ko nak sambut! sambut la ari ibu hari hari
tak perlu tarikh tu je ko nak berhari ibu bagai!

ko ingatkan diri dulu
ko dah peluk ibu ko ke arini???
ucapan dan perbuatan perlu seiring bhai!

ok dah ! sebelum aku dicop ustajah
aku blah dulu
mohon kengkorang faham mesej yang aku nak sampai kan

p/s : please jangan jadi jahil agama! rugi





rajin

hari ni hari aku rajin sedunia
arinih aku dengan gigihnya
tukar header belog aku ni..

keh keh lawa kan!
tulisan pon kasik tukar..

yang penting. lagu !
kun anta mesti masukkan!!

jeles kan!
lantak!

Sunday, May 10, 2015

Humood AlKhudher - Kun Anta ( lirik Melayu )


aku sekarang duk tergila gila lagu Kun Anta neh 
laki aku pon naik bosan aku duk lala alaaaaaa

kah kah. maap cik somi. redha je skrg puan isteri suka lagu neh..
gigih pulak kau translate lagu neh utk fasih. 

jom layann

KUN ANTA 

liu jarihim, qol dat tu sohiru ma fihim 
pa ba da utu sharksan a - khar
kai atafa khar
wa zo nan  tu ana, an ni bi zalika 
hustu ghina
fawajd tu anni kha sir
fatilka mazohir.

chorus 
la la , la nah tajul mala 
kai naz dada jama la
jau harna huna fi qalbi ta lala
la la, nurdhin na sa bi mala 
harddho hu la na hala
zaka jama luna yasmu ya ta ala

oh wo oh wo oohhh
oh wo oh wo oohhh
oh wo oh wo oohhh

kun anta taz dada ja mala

oh wo oh wo oohhh
oh wo oh wo oohhh
oh wo oh wo oohhh

kun anta taz dada ja mala

la la la la la lala laa
attaqab balhum, an nusu lastu qalli duhum
illa bi ma yurdhi-ni
kai urdhi ni
sa aku nu ana 
mithli ta maman ha zana
fa kona ati tak fini
za ka ya qini

la la , la nah tajul mala 
kai naz dada jama la
jau harna huna fi qalbi ta lala
la la, nurdhin na sa bi mala 
harddho hu la na hala
zaka jama luna yasmu ya ta ala

sa akuhu ana, man ardho ana
lan asa la liri dhohum,
wa akunu ana,
ma ahwa ana
mali wama li ridhohum
sa akunu ana , man ardho ana
lan asa la liri dhohum
waakunu ana , ma ahwa ana
la ardho ana biri dhohum 

la la , la nah tajul mala 
kai naz dada jama la
jau harna huna fi qalbi ta lala
la la, nurdhin na sa bi mala 
harddho hu la na hala
zaka jama luna yasmu ya ta ala

enjoi!

Monday, April 20, 2015

ucapan hari pertama berbelog ❤

ni pestime  post kat belog ini.
so i hope all of u be nice and kind wokey.

overall.
takde apa sebab nak buat belog ini
its just a journal for me.
jangan menyesal sebab dalam neh pasti akan  ada cerita 

pasal aku 
pasal  ami aye
pasal inni dan ami aye
pasal family dan kaum kerabat aku 
pasal liffy, snowie, amber and babies kitten
pasal resepi yg opkos aku cilok mengopipes utk ingatan aku

so! jangan boring. just be good.